Sunday, 1 November 2015

FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENDAWAIAN

PENGENALAN

Sistem pendawaian merupakan suatu pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat, pelindung mekanikal dan aksesori elektrik.  Ia boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel yang digunakan.  Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.



FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENDAWAIAN


Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian.


Faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih sesuatu sistem pendawaian ialah:-



  1. Jenis beban yang hendak dipasang
  2. Keadaan tempat pemasangan
  3. Kos perbelanjaan
  4. Tempoh ketahanan pemasangan
  5. Kekemasan dan kecantikan
  6. Keadaan sekeliling
  7. Tempoh masa menyiapkan
  8. Perubahan atau penambahan litar masa akan datang
  9. Jenis voltan bekalan
  10. Keselamatan dan kelulusan LLN/JKR


JENIS-JENIS PENDAWAIAN

Berikut merupakan senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan.

Pendawaian Permukaan

Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan.


  • Kabel PVC/PVC digunakan/ 300/500V GRADE TO MS 136 atau 600/1000V GRADE TO MS 274 dengan ketahanan penebatan suhu maksima berterusan sehingga 70C.
  • Memerlukan klip loyang atau pelana untuk menyokong pendawaian.
  • Tidak lebih dari 10 kabel untuk satu klip Loyang/pelana
  • Sistem pendawaian tidak begitu mahal
  • Bahaya makanikal seperti terdedah kepada hentakan/ tekanan// himpitan.
  • Kabel menyusuri dinding/ lantai plaster atau konkrit hendaklah dialurkan menggunakan hardwood battern yang selamat
  • Kabel yang merentasi permukaan logam mestilah di tutup dalam PVC conduit atau PVC casing
  • Kelip timah/ brass yang dipaku kemas pada kabel jaraknya hendaklah tidak melebihi 150mm terpisah
  • Kabel downdrop dari siling ke pemegang lampu hendaklah menggunakan 3-core PVC insulated sheathed cord minima saiz 0.75


Pendawaian Tersembunyi

Bagi sistem  pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung  kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori.


  • Kabel PVC/PVC digunakan/ 300/500V GRADE TO MS 136 atau 600/1000V GRADE TO MS 274 dengan ketahanan penebatan suhu maksima berterusan sehingga 70C.
  • Kabel ditanam terus didalam konkrit dibawah lantai konkrit atau dinding batu-bata dan dilipa simen
  • Kos sistem pendawaian tidak begitu mahal
  • Konduit atau saluran simpanan perlu disediakan dari papan agihan ke keruang atas siling. Untuk tambahan pendawaian akan datang.
  • Konduit atau saluran simpanan disiling penghujungnya hendaklah ditutup atau disumbat.


Pendawaian Konduit/Pembuluh

Sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan disalurkan kabel.


  • Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak
  • Memerlukan satu sistem pembumian yang baik
  • Memerlukan penambatan litar pada masa akan datang
  • Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa
  • Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar 



Contoh Pendawaian Konduit/Pembuluh


Pendawaian Konduit Tersembunyi

  • Kabel PVC digunakan 450/750V GRADE TO MS 136 atau 600/1000 V grade to MS 274 dengan ketahanan penebatan suhu maksima berterusan sehingga  70C.
  • Konduit dengan semua aksesori perlu menggunakan galvanese  steel, class B mematuhi MS 275-1 atau high impact PVC mengikut specifikasi yang di tetapkan.
  • Konduit ditanam terus didalam konkrit dibawah lantai konkrit atau dinding batu-bata dan dilipa simen.
  • Senang diubahsuai bentuk pendawaian atau dibuat tambahan.
  • Tahan lama kabel tidak mudah luka atau pecah.
  • Faktor ruang bagi conduit ialah 40%
  • Perlu koodinasi dengan pihak bangunan bagi memastikan kerja-kerja hacking dapat dielakkan untuk mengurangkan kecacatan kepada permukaan bangunan
  • Konsep boleh didawai semula




Contoh Pendawaian Konduit Tersembunyi 



Pendawaian Salur (Ducting)

Sistem pendawaian salur merupakan suatu system yang menggunakan salur logam atau bahan penebat dan dipasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.


  • Bekalan satu fasa dan tiga fasa
  • Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak
  • Memerlukan penambahan kedudukan beban pada masa akan dating
  • Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris
  • Memerlukan kekemasan dan kecantikan
  • Memerlukan perlindungan yang lebih



Contoh Pendawaian Salur (Ducting)


Pendawaian Sesalur (Trunking/Casing)

Sistem pendawaian sesalur merupakan satu system yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaannya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.

  • Digunakan bagi submain dan riser
  • Faktor ruang bagi trunking ialah 45%
  • Banyak kabel boleh diisi serta kemas
  • Sesalur perlu disokong oleh fixing bracket supaya sesalur bersentuh dengan dinding atau floor slab, bracket dipasang tidak melebihi 1500mm vertical run & 1000mm horizontal run




Contoh Pendawaian Sesalur (Trunking/Casing)


Pendawaian Dulang Kabel (Cable Tray)

Sistem pendawaian dulang kabel ini merupakan satu system struktur yang teguh/tegar yang digunakan dengan selamat bagi mengikatkannya  atau menyokong kabel serta laluannya.

  • Kabel pelbagai saiz dan jenis boleh digunakan
  • Tiada bahaya kepada makenikal
  • Hanya memberi sokongan kepada kabel dan bukan melindungi kabel
  • Selalu digunakan untuk melarikan kabel submain




Contoh Pendawaian Dulang Kabel (Cable Tray)


Bawah Tanah (Underground)

Sistem pendawaian bawah tanah adalah penggantian kabel atas memberikan kuasa atau telekomunikasi elektrik, dengan kabel bawah tanah. Ini biasanya dilakukan untuk tujuan estetik, tetapi juga mempunyai tujuan yang besar tambahan membuat talian kuasa kurang terdedah kepada gangguan semasa ribut petir angin yang tinggi atau salji atau ais ribut berat. Di bawah tanah boleh meningkatkan kos awal penghantaran kuasa elektrik dan pengedaran tetapi mungkin mengurangkan kos operasi sepanjang hayat kabel.


     

     


   







No comments:

Post a Comment